Monday, February 19, 2018
Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Yang Mesti Anda Kunjungi PART 2
iklan responsive
7. Kinabalu Pine Resort,kundasang
Kinabalu Pine Resort dinamakan sempena dengan pokok pine yang tumbuh di sekeliling atau di sekitar kawasan penginapan ini. Tempat ini semakin popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung disebabkan balkoninya yang betul-betul berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu.
Suasana di tempat ini juga dijaga dengan rapi, dimana bunga-bungaan yang sesuai ditanam dan suda pasti udaranya juga sejuk dan nyaman. Anda tidak perlu risau dengan rasa sejuk untuk mandi kerana alat pemanas telah disediakan.
Bagaimana pula dengan makanan ? Kinabalu Pine Resort juga tersedia dengan restoran, jika anda keletihan untuk memandu ke restoran di sekitar Pekan Kundasang, bagaimana jika anda berjalan kaki untuk mencuba menu di restoran Kinabalu Pine Resort pula ?.
Lokasi tempat penginapan menarik ini sangat mudah untuk dikesan, ianya lebih kurang 1km sahaja dari Pekan Kundasang menuju ke Pekan Ranau. Jika anda tidak bercadang untuk menginap di tempat ini, anda boleh sahaja berjalan-jalan, menikmati udara segar dan mengambil gambar kenangan.
8. Kundasang Mount Valley Recreation
Mount Valley Recreation merupakan tempat ataupun pusat rekreasi yang masih baru lagi dan belum dikenali ramai.
Jika anda berada di Pekan Kundasang menuju ke Taman Kinabalu atau Kinabalu National Park, tempat menarik ini adalah lebih kurang 500 meter sebelum sampai ke simpang masuk ke Kinabalu National Park.
Amat mudah untuk mengenali tempat ini, anda hanya berpandukan tayar berwarna-warni di lereng bukit yang boleh dilihat dari jalan utama.
Aktiviti utama adalah sukan “flying fox”. Pasti aktiviti ini amat diminati terutamanya bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak. Nikmatilah pemandangan sekeliling semasa anda sedang beraksi dengan “flying fox”.
Buat masa ini, bayaran yang dikenakan adalah RM 25 seorang. Walaubagaimanapun, aktiviti ini tidak akan dijalankan jika dalam keadaan cuaca yang kurang baik seperti hujan, guruh dan berangin bagi mengutamakan keselamatan pelawat.
9. Kiram’s Village, Jalan Mesilau Golf Club, Kundasang
Kiram Village terletak di Kampung Mesilou iaitu menggunakan jalan yang sama ke Mesilou Nature Resort.
Tempat ini merupakan salah satu pusat menginapan yang menyediakan penginapan berbentuk bilik dan chalet.
Walaupun tempat ini agak jauh dari Pekan Kundasang, tempat ini sangat menarik dimana ditumbuhi dengan pelbagai jenis bunga, jambatan kecil serta udara yang nyaman dan segar.
Restoran juga disediakan di tempat ini. Tempat ini amat strategik kerana anda boleh mengunjungi tempat menarik yang berdekatan iaitu, Mesilou Nature Resort dan Desa Cattle Dairy Farm.
10. Midori Homestay, Kundasang Sabah
Midori Homestay merupakan salah satu tempat penginapan katogeri homestay yang juga menarik dan sesuai bagi pengunjung yang berkeluarga.
Midori homestay terletak di Kampung Mesilou. Tempat ini disenaraikan dalam katogeri tempat menarik disebabkan suasana persekitaran homestay yang luas, cantik, landskap yang menarik dan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.
Bagi mereka yang inginkan suasana kampung, udara segar dan nyaman, ahli keluarga yang ramai serta ingin berjimat, maka Midori Homestay sesuai untuk anda.
Halaman rumah yang luas, berpagar, ditumbuhi dengan rumput menghijau, kerusi dan meja untuk bersantai serta dara yang sejuk dan nyaman adalah salah satu kelebihan tempat penginapan ini. Anak-anak anda boleh bermain, berlari dan bergembira di halaman rumah yang luas.
11. Arnab Village Kundasang
Arnab Village juga merupakan salah satu tempat yang menarik bagi pencinta haiwan. Taman arnab ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari Pekan Kundasang iaitu terletak di perantaraan jalan Kundasang-Ranau.
Simpang masuk ke taman arnab ataupun arnab village adalah di Jalan Kibaas Mohimboyon. Di tempat ini, anda boleh menyentuh, mengusap dan mendukung arnab tanpa masa yang ditetapkan.
Anda juga boleh memberikan makanan kepada arnab dengan syarat membeli makanan khas yang dijual di kaunter pendaftaran. Anda juga boleh menginap di kawasan ini kerana Arnab Village Kundasang juga menyediakan tempat penginapan berbentuk homestay dengan kadar harga yang sangat berpatutan.
12. Crystal Hill
Crystal Hill merupakan salah satu tempat penginapan yang mempunyai suasana persekitaran memukau dengan udaranya yang segar, nyaman dan sejuk.
Tempat yang strategik iaitu di atas bukit menjadikan Crystal Inn menjadi salah satu tempat penginapan pilihan bagi kebanyakan pelawat. Disebabkan lokasinya di puncak bukit, maka suda pasti pemandangan sekeliling juga amat menarik dimana anda boleh melihat Gunung Kinabalu tanpa apa-apa halangan. Semasa menginap di tempat ini, jangan lepaskan peluang untuk anda melihat matahari terbenam dan terbit. Adalah satu pilihan yang terbaik jika anda menginap di tempat ini kerana anda boleh menghayati dan merasai suasana persekitaran di tempat ini sepenuhnya. Jika ada kesempatan, bagaimana jika anda bersiar-siar sebentar diatas bukit seperti dalam gambar diatas ?
13. Kundasang War Memorial
Tempat ini memang tidak asing lagi terutamanya bagi penduduk setempat di Kundasang. Tempat ini merupakan tempat bersejarah dimana bagi memperingati jasa pahlawan yang terkorban semasa peperangan di suatu ketika dahulu. Kundasang War Memorial terletak di puncak bukit berdekatan dan sangat hampir dengan Pekan Kundasang. Anda hanya perlu berjalan kaki untuk mengunjungi tempat ini jika anda berada di sekitar Pekan Kundasang. Jangan lupa membawa kamera bersama-sama anda untuk mengabadikan gambar kenangan bersama keluar atau orang tersayang dan mungkin bersama-sama rakan-rakan anda. Tempat ini sememangnya cantik, dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan, tanda peringatan serta udara yang nyaman dan sejuk.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Yang Mesti Anda Kunjungi PART 2"
Post a Comment