iklan responsive
Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, iaitu dahi, hidung, kedua telapak tangan, lutut, dan kedua hujung kaki (jari-jari kaki). Sujud adalah merendahkan diri, memuji ALLAH and meminta segala macam kepada ALLAH .. Sekaligus, mengikis sifat sombong, ria, takabur, dll.
Dr Fidelma O’Leary, Phd Neuroscience dari St Edward’s University, seorang muallaf, beliau mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan. Dalam kajiannya dia mandapati ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya boleh dimasuki darah pada saat manusia sujud. Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Iaitu, pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (waktu subuh, zuhur, asar, maghrib, ‘Isya). Subhanallah.
Maka, sesiapa yang tidak bersolat maka urat mereka itu tidak akan menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal. Maka tidak hairan, timbul bermacam-macam gejala sosial masyarakat saat ini.
Karena letak otak di atas jantung, maka kata Alm.Prof Hembing : jantung, hanya mampu membekalkan 20% darah ke otak manusia, jadi dibantu dengan sujud yang lebih lama agar menambah kekuatan aliran darah ke otak. (Kalau begitu sesuai apa yang disuruh oleh Nabi Muhammad SAW, supaya kita sujud lama-lama di rakaat terakhir, sambil banyak meminta semua keinginan kita). Manfaat sujud lama-lama ini, untuk menghilangkan pening, dan migrain, menyegarkan otak, menajamkan akal pemikiran (peka), melegakan sistem pernafasan, membetulkan pundi peranakan yang jatuh, memperbaiki kedudukan bayi songsang, dll.
Otak merupakan pusat pengatur dari seluruh kegiatan manusia, di dalamnya terdapat banyak sekali urat-urat saraf, yang mempunyai tugas masing-masing. Bentuknya seperti orang tengah sujud… Subhanallah….!!
Sujud bukan sahaja boleh mendekatkan diri kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmah dan kebaikannya. Antaranya ialah:-
6.1. Otak manusia yang merupakan organ terpenting akan menerima banyak bekalan oksigen dalam darah. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang mengandungi oksigen boleh mengalir dengan lancar ke otak. Bekalan oksigen yang mencukupi boleh mempengaruhi daya berfikir seseorang yang menjadi lebih cerdik. Oleh itu, lakukan sujud dengan tuma'ninah, jangan tergesa gesa agar darah yang cukup boleh sampai ke otak.
6.2. Menghindarkan gangguan buasir. Bagi kaum wanita khususnya, rukuk mahupun sujud memberi manfaat besar untuk kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
6.3. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6.4. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
6.5. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
6.6. Melegakan sakit hernia.
6.7. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
6.8. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
6.9. Meringankan bahagian pelvis.
6.10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastic bagi memastikan kelancaran darah.
6.11. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
6.12. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
6.13. Mengurangkan kegemukan.
6.14. Mengelakkan pening kepala ataupun migrain
6.15.Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan anggota bahagian belakang badan.
7. Simbolik kepada sujud dalam solat ini ialah kita wajib juga sujud kepada Allah SWT walaupun diluar solat. Jika dalam solat sujud dan patuh kepada arahan Allah maka diluar solat juga wajib sedemikian dengan mematuhi apa jua perintah dan larangan Allah. Jika ini berlaku barulah sujud kita dalam solat itu benar-benar mendidik dan membentuk peribadi si pelakunya.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "ALLAHU AKBAR!! INILAH KELEBIHAN SUJUD YANG KITA TIDAK SEDAR SELAMA INI!"
Post a Comment